Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Neelofa pilih pantang secara tradisional

    Hasrat pengacara dan usahawan, Neelofa yang mahu berpantang secara tradisional tertunai apabila dapat menggunakan khidmat seorang bidan dari Besut, Terengganu untuk menjalani tempoh berpantang.

    Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor, 34, berkata, dia memilih berpantang kaedah itu kerana ia lebih dekat dengan dirinya.

    “Alhamdulillah ada rezeki saya bawa Kak Dib jauh dari Besut, Terengganu untuk duduk di Kuala Lumpur selama 40 hari bantu saya berpantang secara tradisional.

    “Lebih tenang dan dekat di hati saya yang asalnya pun dari kampung,” katanya.

    Neelofa berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instastory miliknya baru-baru ini.

    Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa turut berkongsi beberapa bahan yang digunakan semasa tempoh berpantang.

    Dalam pada itu, mStar turut melaporkan bahawa tempoh berpantang Neelofa kali ini, lebih memfokuskan kepada mendapatkan berat badan idamannya.

    Kata Neelofa, dia mensasarkan untuk mendapatkan berat badan sebanyak 55 kilogram.

    Neelofa selamat melahirkan anak damit lelaki pada 11 Julai lalu di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur dan memilih nama Abdullah Abbas. – Agensi

    Neelofa menggunakan khidmat bidan dari Terengganu untuk berpantang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda