Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Niemann juara Kejohanan Terbuka Australia

    SYDNEY, 3 DIS – Bintang golf LIV, Joaquin Niemann dengan tenang mengekalkan fokusnya untuk memenangi Kejohanan Golf Terbuka Australia untuk kali yang pertama hari ini, dengan menyingkirkan Rikuya Hoshino dari Jepun dengan eagle di lubang tambahan kedua.

    Pemain golf dari Chile itu, yang telah memenangi US PGA Tour sebanyak dua kali, memukul sebanyak enam birdie dan satu bogey untuk mendapat 66 dan menamatkan pada kedudukan 14 bawah dalam pertandingan DP World Tour di Sydney.

    Hoshino, yang berharap untuk menjadi pemenang Jepun pertama dalam sejarah lebih dari 100 tahun kejohanan ini, mencatatkan 70 untuk mengikat lawannya dan telah menjadikan pertandingan akhir di Kelab Golf Australia itu bertambah sengit.

    Niemann mencari cut pertama di padang kasar pada lubang tambahan pertama sementara Hoshino mendarat di bunker fairway.

    Pemain golf Chile itu memberikan respon yang hebat, membuat pukulan kesembilan sehingga lima kaki, sementara Hoshino telah menemui greenside sebelum bangkit dan turun untuk mendapat birdie.

    Pemain Jepun, Rikuya Hoshino bermain dari bunker di lubang ke-18 semasa pusingan ketiga Kejohanan Golf Terbuka Australia, di Kelab Golf Australia di Sydney, Australia, pada 2 Disember. – AP

    Niemann telah menyaksikan putt eagle sepertimana yang dimenanginya pada kejohanan yang lepas, untuk menghantar pesaingnya itu kembali ke lubang ke-18.

    Hoshino sekali lagi masuk ke dalam bunker-bunker, sementara Niemann menemui fairway dan menghantar pendekatan yang tepat sejauh enam kaki.

    Pemain Jepun itu menyelamatkan birdie untuk kali kedua, tetapi kali ini Niemann tidak membuat kesilapan dengan putt eagle untuk meraih kemenangan.

    “Ini merupakan hari yang baik. Lubang tambahan terakhir ini menunjukkan bagaimana saya bermain dalam beberapa minggu terakhir di sini di Australia,” kata Niemann. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda