Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Ops Kabat tahan 2 warga asing

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Dua warga asing telah ditahan dalam Operasi Kabat 55/2024 yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Bandar Seri Begawan yang menyasarkan kawasan di Mukim Sengkurong, hari ini.

    Menurut kenyataan JIPK, kedua-dua individu berkenaan ditahan semasa pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah trak ringan yang membuat perkhidmatan pemindahan barang dan mereka kemudiannya dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Kedua-dua warganegara asing berkenaan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja bukan dengan majikan asal dan kesalahan di bawah Peraturan 15(3), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport.

    Dalam pada itu, jabatan berkenaan terus dan sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk menghubungi Hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Operasi Kabat telah berjaya menahan dua orang warganegara asing yang kemudiannya dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-undang bagi siasatan lanjut. – GAMBAR SERAHAN JIPK

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...