Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pameran VIBE ke-13 tonjol kekreatifan pelajar

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Bagi mencungkil bakat kreatif dalam kalangan diri pelajar, Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (KIGS) telah mengadakan Pameran Seni VIBE dan Minggu Media 2023 KIGS ke-13 di kampus kolej itu di Kiulap yang berlangsung hingga 12 Februari ini.

    Pameran itu mengetengahkan karya kreatif pelajar dari empat fakulti iaitu Fakulti Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakluti Multimedia dan Penyiaran serta Fakulti Sastera dan Pengajian Am yang dibukakan kepada kunjungan orang ramai dari 9 pagi hingga 9 malam.

    Selain pameran seni pelajar KIGS, aktiviti permainan dan festival filem, ia juga akan menampilkan 21 karya seni hasil sentuhan pelajar Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM).

    Di bawah tema ‘VIBE’, para pelajar A Level dari PTEM juga akan mengambil bahagian dalam menonjolkan hasil kerja mereka sebagai sebahagian daripada projek sekolah.

    Dengan kolaborasi itu, VIBE ke-13 menjadi platform dan memberi mereka peluang dan pendedahan untuk mempamerkan hasil karya mereka.

    Sepanjang berlangsungnya acara itu, para pelajar di bawah Fakulti Multimedia dan Penyiaran juga mempamerkan kreativiti dalam pembikinan filem yang diharapkan dapat menyemai minat orang ramai dan menerima pengiktirafan awam atas kerja keras dan dedikasi mereka terhadap industri perfileman.

    Antara matlamat acara tersebut adalah untuk memberi peluang baharu kepada golongan pelajar dalam membuktikan keupayaan mereka mencipta karya besar bagi industri kreatif, selain berusaha untuk memasarkan karya semasa kursus pengajian sarjana muda, asas, diploma dan sijil bagi projek tahun akhir dan utama mereka.

    Antara karya seni pelajar dalam Pameran Seni VIBE dan Minggu Media ke-13. – Gambar serahan KIGS
    Antara karya seni kreatif yang diketengahkan oleh para pelajar KIGS yang dibuka untuk kunjungan orang ramai sehingga 12 Februari ini.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda