Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Ji Yeon dan suami dalam proses bercerai

    Anggota kumpulan T-ara iaitu Park Ji Yeon dan pemain besbol, Hwang Jae Gyun dalam proses penceraian selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, lapor mStar.

    Perkara itu disahkan sendiri oleh Ji Yeon, 31, yang memaklumkan tiada persefahaman sebagai punca mereka mengambil keputusan bercerai.

    “Hello, ini Ji Yeon. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana mahu memaklumkan berita sedih yang berlaku dalam rumah tangga saya.

    “Jae Gyun dan saya sudah bersetuju menamatkan perkahwinan kami,” katanya.

    Dalam pada itu Jae Gyun pula dalam satu kenyataan menjelaskan perbezaan personaliti menjadi punca perpisahan mereka.

    Atlet itu menambah dia dan Ji Yeon bersetuju untuk terus menyokong satu sama lain dan bergerak ke hadapan dalam karier masing-masing.

    “Saya dan Ji Yeon bersetuju untuk bercerai setelah banyak pertimbangan kerana perbezaan personaliti.

    “Kami mengemukakan permohonan perceraian kepada Mahkamah Keluarga Seoul dan merancang untuk menyelesaikan proses itu secara baik,” jelasnya. – Agensi

    Ji Yeon dan Jae Gyun sudah tiada persefahaman. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda