Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Park Min-young disoal siasat

    Park Min Young terseret dalam soal siasat akibat jalinan percintaannya pada masa lalu.

    Beberapa media Korea Selatan menyatakan pelakon Love in Contract ini dipanggil sebagai saksi dalam kes penggelapan wang oleh bekas kekasihnya, Kang Jong Hyun.

    Menurut Korea Joongang Daily dan Korea Herald kelmarin, Park Min-young disoal siasat sebagai saksi. Hal itu diumumkan oleh pihak mahkamah Daerah Seoul Selatan pada Selasa. Pelakon wanita itu juga disekat dari keluar negeri.

    The Korea Times juga menyatakan Park Min-young diperiksa pada Isnin lepas setelah pihak mahkamah menemukan nama pelakon tersebut didaftar dalam akaun bank yang membuat transaksi convertible bond di Bithumb. Pihak mahkamah melakukan pemeriksaan untuk memastikan apakah bekas kekasihnya terlibat dalam hal tersebut dengan menyiasat sama ada dia juga mendapat keuntungan dari transaksi haram yang dilakukan melalui perusahaan Kang Jong Hyun, mahupun rakan kongsinya.

    Pihak mahkamah masih mempertimbangkan apakah Park Min-young perlu disoal siasat lebih lanjut.

    Sementara itu Park Min-young dilaporkan membantah dirinya terlibat dalam semua tindakan bekas kekasihnya itu. Pihak mahkamah menduga Kang Jong Hyun dan rakannya, termasuk anggota keluarganya sendiri, ikut serta dalam praktik perdagangan yang melanggar undang-undang.

    Transaksi perusahaan itu dibuat secara convertible bond atau obligasi konversi, sehingga mereka mendapat dana haram dengan cara menaikkan harga saham.

    Awal bulan ini, Kang Jong Hyun ditangkap dengan beberapa dakwaan, termasuk penggelapan wang. – Agensi

    Park Min-young disoal siasat akibat jenayah kewangan yang dilakukan oleh bekas kekasihnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda