Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pasukan Sofbal Wanita Brunei raih tempat ketiga

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Pasukan Sofbal Wanita Brunei hari ini berjaya meraih tempat ketiga dalam Masters Fastpitch Softball 2023 yang diadakan di Pattaya, Thailand selepas mengalahkan pasukan dari Malaysia, MY Ladies, 10-6 dalam perebutan tempat ketiga.

    Sementara itu, Pasukan Sofbal Lelaki Brunei terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada pasukan dari Singapura, SG Masters dalam perlawanan yang sengit.

    Dalam perlawanan akhir acara wanita, pasukan Angels dari negara tuan rumah, Thailand menang menentang pasukan dari Indonesia, Kobra Sisters 8-7 untuk muncul sebagai juara.

    Manakala bagi acara lelaki, pasukan HK dengan mudah menentang SG Masters 9-1 untuk merebut trofi juara.

    Pasukan Sofbal Wanita Brunei bergambar ramai bersama pasukan MY Ladies di Pattaya, Thailand. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda