Tuesday, October 8, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    PEKERTI anjur majlis doa kesyukuran sempena puja usia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 08 OKT – Sempena puja usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) kelmarin mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Do’a Kesyukuran yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis baru-baru ini.

    Majlis berkenaan dihadiri oleh isteri Pesuruhjaya Polis selaku Yang Di Pertua PEKERTI, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman. Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan ahli-ahli dari tujuh cawangan PEKERTI.

    Majlis berkenaan adalah salah satu aktiviti tahunan PEKERTI dan dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI yang dipengerusikan oleh Dr Hjh Norirlernwati binti Haji lsmail dan bertujuan untuk memperingati Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja lsteri sebagai Penaung kepada PEKERTI

    Majlis berkenaan dimulai dengan sembahyang Maghrib berjemaah, sembahyang sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai yang dipimpin oleh Dayang Norliza binti Abd Jalil (isteri kepada Koperal 5536 Haji Masrody bin Haji Asli).

    Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Doa Khas bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, bacaan Selawat-Selawat Pilihan dan dikuti dengan menunaikan sembahyang Fardu lsyak berjemaah.

    Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda