Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelancong China tidak lagi perlu disaring

    BEIJING, 17 FEB – Perancis telah memansuhkan sekatan ujian saringan COVID yang dikenakan ke atas pengunjung dari China, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh duta Perancis di Beijing.

    Sejak Januari, pengunjung berusia 11 tahun ke atas yang membuat perjalanan dari China ke Perancis mesti menunjukkan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum memasuki kapal.

    Sekatan tersebut dilaksanakan ketika China mengalami gelombang jangkitan COVID selepas menamatkan dasar sifar COVID pada Disember.

    “Pengunjung dari China ke Perancis tidak lagi perlu menunjukkan keputusan negatif ujian RT-PCT dalam tempoh 48 jam atau mengisi borang pengesahan kesihatan,” kata kedutaan Perancis dalam kenyataannya kelmarin.

    “Saringan secara rawak semasa ketibaan juga ditiadakan,” tambah kenyataan.

    Perancis telah menghapuskan sekatan ujian saringan COVID yang dikenakan ke atas pengunjung dari China.- AP

    China membuka semula sempadannya dan menghapuskan kuarantin mandatori bagi mereka yang memasuki negara itu pada Januari, menamatkan pengasingan antarabangsa selepas hampir tiga tahun.

    Keputusan tersebut telah menyebabkan peningkatan perjalanan ke luar negara.

    Tempahan luar negara melalui perkhidmatan pelancong terbesar China meningkat 640 peratus semasa percutian Tahun Baharu Cina pada Januari berbanding tahun lalu.

    China kini membenarkan kumpulan pelancong dari 20 buah negara, menurut kementerian pelancongan.

    Beberapa buah negara, termasuk Jepun, Korea Selatan dan Singapura, juga telah menghapuskan sekatan ke atas pelancong China baru-baru ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda