Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Pemimpin dunia digesa sokong misi FFC

    ISTANBUL, 22 APRIL – Pemimpin dunia digesa tampil menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.

    Menurut Ahli Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright, sokongan dan kerjasama pemimpin dunia penting dalam memastikan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza dapat dihentikan segera.

    Malah katanya, dengan penyatuan kesemua pemimpin dunia, ia dilihat mampu menjurus kepada satu usaha jitu dalam menjayakan gencatan senjata yang berkekalan bagi membolehkan segala keperluan penyaluran bantuan ke Gaza dapat direncanakan sebaiknya.

    “Saya menyeru kepada pemimpin seluruh dunia untuk sama-sama tampil dan membantu dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, membantu mereka yang memerlukan di sana seterusnya menyokong misi yang kami jayakan ini.

    “Satu usaha menjayakan gencatan senjata mesti direncanakan dan hanya dengan penyatuan pemimpin dunia akan mampu menoktahkan kekejaman berterusan ini.

    Ann bercakap semasa sidang media pada 19 April. – Bernama

    “Apa sahaja usaha perlu dilakukan termasuk melakukan sekatan ekonomi kepada pihak rejim, mengasingkan mereka (Israel) dalam apa jua bentuk diplomatik serta melakukan apa sahaja yang boleh untuk menghentikan kezaliman ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat harian hari ini.

    Wright yang juga merupakan warga Amerika Syarikat (AS) pada masa sama turut mengutuk keras tindakan pimpinan negaranya yang terus menerus menjadi rakan sekutu Israel selain terus ‘menghalalkan’ segala bentuk kekejaman dan kezaliman yang dilakukan rejim Zionis di Gaza.

    “Saya sebagai rakyat AS merasakan apa yang dilakukan oleh pimpinan negara kami sebagai sesuatu yang amat dahsyat.”

    Warga Malaysia ketika ini turut menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

    Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...