Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat meluat sikap Deepika

    Pelakon Bollywood, Deepika Padukone menjadi buah mulut ramai apabila aktres berkenaan dikatakan menaiki kapal terbang kelas ekonomi.

    Menerusi sebuah video yang tular di laman Twitter, isteri kepada aktor, Ranveer Singh itu menaiki kapal terbang berkenaan bersama pembantu peribadinya.

    Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat Deepika sedang berjalan di dalam pesawat berkenaan dipercayai menuju ke tandas.

    Bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian warganet apabila pelakon filem Pathaan itu dikatakan sombong dengan peminatnya.

    Ini kerana, salah seorang peminatnya memanggil Deepika namun aktres berkenaan hanya buat tidak tahu dan berlalu pergi.

    Deepika Padukone dituduh sombong dengan peminat. – Agensi

    “Kenapa dia tak naik kelas pertama? Dahlah sombong dengan peminat. Mungkin dia malu kot.

    “Dia tak boleh buat apa-apa tanpa bantuan pembantu dia, nak pergi tandas pun kena teman.

    “Filem Pathaan kan laku keras, kenapa dia masih tak mampu nak naik kelas pertama,” antara komen warganet.

    Untuk info, Deepika Padukone merupakan artis yang bergandingan bersama Shah Rukh Khan di dalam filem penuh kontroversi berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda