Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencemaran udara jangka panjang tambah risiko depresi

    WASHINGTON, 12 FEB – Pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara menambah risiko kemurungan, menurut dua kajian baharu yang diterbitkan dalam rangkaian jurnal saintifik JAMA.

    Satu kajian yang disiarkan dalam JAMA Network Open pada Jumaat mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara menambah risiko depresi dalam kalangan warga emas.

    Kajian kedua, diterbitkan dalam jurnal JAMA Psikiatri, mendapati pendedahan jangka panjang kepada bahan pencemar walaupun pada tahap rendah dikaitkan dengan peningkatan depresi dan kerisauan.

    Pencemaran udara telah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan pernafasan.

    Kajian baharu itu menambah kepada bukti yang menunjukkan pencemaran udara juga menjejas kesihatan mental. Untuk kajian kesan pencemaran udara ke atas warga emas Amerika, penyelidik dari Universiti Harvard dan Emory mengkaji data hampir sembilan juta penduduk yang mempunyai Medicare, skim insurans kesihatan kerajaan AS untuk mereka yang berusia melebihi 64 tahun. Lebih 1.52 juta di antara mereka didiagnosis dengan depresi semasa tempoh kajian 2005 hingga 2016, menurut tuntutan Medicare.

    “Kami memerhati kaitan besar di antara pendedahan jangka panjang dengan tahap pencemaran udara dan risiko diagnosis depresi pada usia tua,” menurut penyelidik.

    “Individu yang kekurangan dari segi sosioekonomi diperhatikan berisiko lebih tinggi mengalami depresi pada usia tua dalam kajian ini. – AFP

    Gambar fail asap tebal dari sebuah stesen kuasa di Shanghai. Pendedahan berpanjangan kepada pencemaran udara boleh meningkatkan depresi, menurut satu kajian baharu yang diterbitkan jurnal JAMA. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda