Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengarah terkenal Perancis didakwa rogol pelakon

    PARIS, 5 JULAI – Seorang pengarah filem terkenal Perancis telah dituduh merogol, melakukan serangan dan keganasan seksual oleh hakim Perancis yang menyiasat kes melibatkan pelakon-pelakon wanita, kata pejabat pendakwa raya Paris, kelmarin.

    Benoît Jacquot, yang mempunyai lebih daripada 50 penghargaan pengarah dalam filem dan televisyen, telah menjadi salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam industri filem Perancis yang terbabit dalam keganasan seksual dan penderaan fizikal.

    Pelakon Perancis, Judith Godreche, yang mendakwa Jacquot merogol dan menderanya secara fizikal dalam hubungan mereka selama enam tahun yang bermula ketika dia berumur 14 tahun, telah mengambil pera-nan utama dalam memulakan gelombang #MeToo.

    Pergerakan itu bergelut untuk mendapat tumpuan sebelum dia bercakap secara terbuka awal tahun ini dan memujuk pelakon lain untuk berbuat demikian. – AP

    Pelakon Judith Godreche (tengah) melambai semasa perhimpunan di plaza Republique dalam protes terhadap sayap kanan pada 3 Julai lalu di Paris. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda