Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Imang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Imang, Jalan Panchor Murai-Kulapis bermula hari ini hingga 1 Februari dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 5 petang, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutup sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan untuk kerja-kerja pembaikan dan penurapan aspal di jalan menuju ke jambatan berekenaan dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jambat Sungai Imang, Jalan Panchor Murai-Kulapis. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda