Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Perjuangan Leverkusen belum berakhir – Alonso

    LEVERKUSEN, 15 APRIL – Jurulatih Bayer Leverkusen Xabi Alonso berkata misi anak buahnya masih belum berakhir selepas memenangi kejuaraan liga buat kali pertama selain berpeluang merangkul gelaran treble musim ini.

    Kemenangan 5-0 ke atas Werder Bremen di laman sendiri awal pagi tadi termasuk hatrik separuh masa kedua daripada Florian Wirtz, memastikan Leverkusen melakar kejuaraan Bundesliga kali pertama dalam sejarah 120 tahun kelab itu.

    Alonso yang mengharungi musim penuh pertamanya sebagai jurulatih selepas menyertai Leverkusen pada pertengahan musim lalu, memberitahu barisan pemainnya masih dahagakan kejayaan selepas belum pernah tewas dalam 43 perlawanan musim ini.

    Pengurus berusia 42 tahun itu mengingatkan semua orang ‘ia belum berakhir’.

    “Kita akan lihat sejauh mana kita boleh pergi. Saya mempunyai perasaan yang baik mengenainya.”

    Xabi Alonso meraikan dengan trofi Bundesliga bersama pemainnya selepas perlawanan bola sepak Bundesliga. – AFP

    Kemenangan itu menyaksikan Leverkusen 16 mata di depan Bayern dengan berbaki lima perlawanan sekali gus bermakna tiada mana-mana pasukan mampu mengejar mereka.

    Jumlah mata mereka sebanyak 79 adalah yang terbaik selepas 29 perlawanan dalam sejarah bola sepak Jerman.

    Leverkusen turut mara ke final Piala Jerman dan mendahului 2-0 pada aksi pertama suku akhir Liga Europa menentang West Ham.

    “Ia belum berakhir. Masih ada sasaran yang belum dicapai. Tetapi itu akan difikirkan pada Selasa nanti. Hari ini dan esok, kami perlu meraikannya,” kata Alonso.

    Alonso berjanji untuk kekal di Leverkusen setahun lagi pada akhir bulan lalu walaupun dilaporkan Liverpool dan Bayern Munich berminat mendapatkan khidmatnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI - Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu. Suhu...