Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Persiapan kembali ke sekolah rancak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Sesi penggal persekolahan 2022 akan bermula 3 Januari sama ada secara fizikal mahupun secara dalam talian.

    Walaupun pengembalian ke sekolah tahun ini berbeza berbanding tahun sebelumnya disebabkan penularan COVID-19 yang belum membenarkan sebahagian pelajar hadir secara fizikal ke sekolah, tetapi semangat ibu bapa dan pelajar membuat persiapan persekolahan masih terasa seperti tahun-tahun sebelumnya.

    Seperti lazimnya, membuat persiapan saat-saat akhir bagi keperluan persekolahan menambahkan lagi semangat pelajar untuk memulakan pengajian mereka.

    Tinjauan media ke salah satu cawangan kedai buku Bismi, mendapati ibu bapa dan anak-anak mereka sibuk mendapatkan buku-buku teks dan peralatan persekolahan mereka.

    Penyelia cawangan kedai buku Bismi di Pengkalan Gadong, Sheikh Alauddin semasa temu bual menjelaskan, pihaknya telah membuat persiapan buku-buku teks dan keperluan kembali ke sekolah sejak bulan November 2021.

    Suasana di kedai buku Bismi cawangan Pengkalan Gadong.
    Penyelia cawangan kedai buku Bismi di Pengkalan Gadong, Sheikh Alauddin menjelaskan buku-buku dan keperluan persekolahan mencukupi.

    “Seperti tahun-tahun yang sudah, tempoh dua bulan untuk membuat persiapan dan penyusunan buku-buku di rak-rak buku mengikut peringkat sekolah adalah untuk memastikan ianya teratur dan memudahkan ibu bapa dan penjaga mendapatkan buku-buku sekolah yang dikehendaki mereka,” jelasnya.

    Beliau turut menjelaskan buku-buku teks yang diperlukan oleh pelajar adalah dalam jumlah yang mencukupi dan beberapa buku mengikut peringkat sekolah juga akan ditambah minggu ini.

    Manakala Hajah Maimunah binti Haji Damit, 46, ketika ditemu bual, mengongsikan pandangan membeli keperluan persekolahan anak-anak di saat akhir ini mungkin dapat menambahkan lagi semangat anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan mereka.

    “Tapi ada juga yang lebih suka membeli keperluan persekolahan anak-anak lebih awal, selain mengelakkan kesesakan dan lebih menyenangkan untuk mendapatkan buku-buku teks berkenaan,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...