Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dakota Johnson buka cerita tentang kisah cinta

    Umum mengetahui tentang hubungan cinta antara pelakon, Dakota Johnson dengan vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin.

    Namun buat pertama kali Dakota menerusi temu bual bersama Elle berkongsi mengenai kehidupan percintaannya dengan penyanyi tersebut.

    Mengakui cinta baru bermula, Dakota berkata dia dan kekasihnya lebih gemar meluangkan masa bersama di rumah dalam keadaan tenang dan privasi.

    “Kami baru juga bersama dan kadang-kadang kami keluar berjalan-jalan. Kami berdua bekerja, seronok berada di rumah dalam keadaan tenang dan privasi.

    “Kami banyak habiskan masa berseronok di rumah saya sahaja,” katanya.

    Sebelum ini Dakota dan Chris tidak terlalu terbuka mengenai hubungan mereka namun kerap dilihat meluangkan masa bersama. – Agensi

    Dakota berkata dia dan kekasihnya lebih gemar meluangkan masa bersama di rumah dalam keadaan tenang dan privasi. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...