Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah kepada Australia dan India

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Australia dan India.

    Sempena Hari Australia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Gabenor Jeneral Komanwel Australia, Tuan Yang Terutama Jeneral David John Hurley, AC DSC (B) dan Perdana Menteri Komanwel Australia, Tuan Yang Terutama Anthony Albanese MP dan kerajaan serta rakyat Australia.

    Sementara itu, Baginda Sultan berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik India, Puan Yang Terutama Droupadi Murmu dan Perdana Menteri Republik India, Tuan Yang Terutama Shri Narendra Modi dan kerajaan serta rakyat Republik India bersempena Hari Republik India yang ke-75.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Australia dan India. – GAMBAR FAIL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda