Friday, November 1, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas susulan kebakaran enjin

    HANOI, 16 MEI – Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas kelmarin, susulan kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia.

    Syarikat itu berkata penerbangan Garuda-1105 ke Madinah – dikendalikan oleh pesawat Boeing 747-400 – berpatah balik ke lapangan terbang asal di Makassar pada 5:15 petang dengan semua penumpang tidak cedera, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra berkata keputusan dibuat juruterbang bertugas sejurus pesawat berlepas memandangkan masalah enjin memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api dikesan pada salah satu enjin.

    Sementara itu, semua penumpang telah diarahkan ke tempat penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada hari yang sama. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda