Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petro Laut adakan Doa Selamat

    Oleh Fadley Faisal
    Gambar oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Kumpulan Syarikat-syarikat Mashhor (MGC) telah melangkah jauh sejak inisiatif negara untuk menyetempatkan tenaga kerja tempatan, khususnya dalam industri minyak dan gas.

    Kumpulan berkenaan telah mencapai lebih 70 peratus pengambilan tenaga kerja tempatan, dan kini, di bawah anak syarikatnya, Petro Laut Sdn Bhd memberikan perkhidmatan kepada industri dengan aset mereka sendiri, kapal marin Mashhor Princess.

    Perkara itu ditekankan oleh Pengerusi MGC, (Dr) Malai Haji Abdul Hamid bin Haji Malai Mashor pada satu majlis baru-baru ini sebelum kapal Mashhor Princess dikerahkan untuk projek seterusnya.

    (Dr) Malai Haji Abdul Hamid menambah, beliau berharap syarikat itu mencapai perkhidmatan tempatan sepenuhnya di seluruh operasinya termasuk pembaikan kapal marin yang akan dilakukan oleh penduduk tempatan.

    Wakil media, pengurusan MGC dan tetamu lain telah mengadakan lawatan singkat ke Mashhor Princess yang dibimbing oleh pasukan di Petro Laut Sdn Bhd.

    (Dr) Malai Haji Abdul Hamid beramah mesra bersama beberapa kru tempatan.
    (Dr) Malai Haji Abdul Hamid semasa melihat model Mashhor Princess.

    Mashhor Princess adalah DP2 Workboat yang menyediakan penginapan kepada 238 orang dengan kapasiti kren 100 tan dan kemudahan pendaratan helikopter.

    Kapal berkenaan dibina di China dan beroperasi di negara-negara seperti Afrika, Nigeria, Singapura, Malaysia dan kini di Brunei.

    Pada Julai 2021, Mashhor membeli kapal berkenaan sebagai 100 peratus kapal milik Brunei di bawah bendera Brunei daripada syarikat Singapura.

    Mashhor Princess kini menyumbang kepada ekonomi Brunei dengan mengekalkan hasil dan perniagaan di dalam negara.

    Kapal berkenaan telah berjaya menamatkan tiga tahun perkhidmatan sewa kepada Brunei Shell tanpa kehilangan masa kecederaan. Kontrak dengan Brunei Shell adalah selama lima-tambah-dua tahun.

    Kapal yang sebelum ini diurus dan dimiliki oleh syarikat antarabangsa, kini dimiliki dan diuruskan oleh Mashhor sebagai sebuah syarikat Bumiputera Brunei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda