Sunday, January 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis lupus dadah bernilai lebih RM500,000

    KUANTAN, 3 SEPT – Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM500,000 yang dirampas dari seluruh negeri Pahang sejak 2011 hingga tahun ini.

    Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata dadah terbabit sudah melalui proses prosiding mahkamah dan mendapat arahan untuk dilupuskan. Beliau berkata proses pelupusan akan dilaksanakan esok oleh kontraktor bertauliah di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

    “Dadah yang dilupuskan ialah heroin seberat 8.46 kilogram, methamphetamine (22.04 kilogram), kanabis (237.92 gram), ketamin (237.92 gram), nimetazepam (60.16 gram) dan yaba (149.19 gram). Turut dilupuskan ekstasi (56.06 gram), air ketum (4,840.85 liter) dan kodein (310.69 liter).

    “Selain itu, pil psikotropik (0.10 gram) dan lain-lain seperti manitol, methylenedioxymethamphetamine (MDMA) serta etizolam (190.17 liter dan 127.57 gram) dengan keseluruhannya bernilai RM535,009.15 di pasaran,” katanya pada sidang media hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Yahaya Othman menunjukkan barang kes dadah yang akan dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang hari ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda