Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Presiden AS arahkan serangan udara terhadap militan di Syria

    WASHINGTON, 24 OGOS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kelmarin telah mengarahkan serangan udara di timur Syria yang menyasarkan kemudahan yang digunakan oleh militan yang disokong Iran, kata jurucakap tentera AS.

    Serangan di wilayah Deir Ezzor yang kaya dengan minyak menyasarkan kemudahan infrastruktur yang digunakan oleh kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Tentera Pengawal Revolusi Islam Iran, kata jurucakap Komando Pusat (Centcom), Kolonel Joe Buccino dalam satu kenyataan.

    Buccino berkata “serangan ketepatan bertujuan untuk mempertahankan dan melindungi tentera AS daripada serangan yang dilancarkan seperti yang berlaku pada 15 Ogos lalu terhadap kakitangan AS oleh kumpulan yang disokong Iran,” apabila beberapa dron menyasarkan sebuah pos tentera anti-jihad pimpinan AS tanpa menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

    Serangan udara pada kelmarin memusnahkan sembilan tempat perlindungan di kompleks yang digunakan untuk penyimpanan peluru dan logistik, kata kolonel itu kepada CNN secara berasingan. Tentera AS pada asalnya berhasrat untuk menyerang 11 daripada 13 kubu di kompleks itu tetapi membatalkan serangan selepas sekumpulan orang dilihat berhampiran, katanya. “AS tidak mahu menimbulkan konflik, tetapi akan terus mengambil langkah yang perlu untuk melindungi dan mempertahankan rakyatnya,” tambah Buccino.

    Beratus-ratus tentera AS dikerahkan di timur laut Syria sebagai sebahagian daripada pakatan yang memberi tumpuan kepada memerangi pengganas. Walau bagaimanapun, tiada pengesahan segera mengenai serangan AS daripada media kerajaan Syria. – AFP

    Helikopter serangan Apache AH-64 AS terbang ke atas Bradley Fighting Vehicles (BFV) dalam rondaan di kawasan luar bandar Qamishli di wilayah Hasakeh, timur laut Syria. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Keganasan semakin menjadi di New Caledonia

    NOUMEA, 17 MEI - Keganasan berlaku di seluruh New Caledonia untuk hari ketiga berturut-turut kelmarin, beberapa jam selepas Perancis mengenakan keadaan darurat di wilayah...