Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kos banjir NZ boleh seteruk gempa bumi

    NELSON, NEW ZEALAND, 24 OGOS – Banjir yang semakin teruk dipacu oleh perubahan iklim tidak lama lagi akan merugikan New Zealand sama seperti gempa bumi yang memusnahkan, menurut kajian hari ini.

    Negara itu masih belum pulih dari banjir yang melanda South Islandnya minggu lalu.

    Pakar memberi amaran bahawa perubahan iklim boleh menjadikan banjir “memusnahkan New Zealand seperti gempa bumi”, menurut laporan hari ini.

    Purata kos tahunan untuk membaiki rumah yang rosak akibat banjir sungai di New Zealand dijangka meningkat selepas mencecah AS$62 juta, menurut firma penyelidikan CoreLogic dan pembekal insurans Munich Re.

    “New Zealand akan menyaksikan peningkatan dalam kedua-dua kekerapan dan keterukan kejadian cuaca akibat perubahan iklim,” kata pengarah urusan Munich Re Australia, Scott Hawkins. Kos pembaikan bangunan tahunan boleh meningkat lebih daripada 20 peratus menjelang 2050, dan 30 peratus menjelang 2100, menurut penyelidikan itu. – AFP

    Jacinda Arden (dua, kiri) bercakap dengan pegawai semasa melawat ke Nelson pada 22 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...