Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Iran Ebrahim Raisi meninggal dunia di usia 63 tahun

    TEHRAN, 20 MEI – Kerajaan Iran telah mengadakan mesyuarat tergempar susulan berita penemuan bangkai helikopter yang membawa Presiden Ebrahim Raisi, di kawasan terpencil di barat laut Iran.

    Naib Presiden Mohammad Mokhber mengetuai mesyuarat tergempar kabinet Iran pada pagi Isnin, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

    Helikopter yang membawa Raisi dan delegasi yang mengiringi beliau, terhempas pada Ahad di hutan Dizmar di wilayah Azerbaijan Timur.

    Pasukan mencari dan menyelamat telah menyusuri kawasan pergunungan dalam kabus tebal semalaman dan menemukan bangkai pesawat itu awal pagi hari ini.

    Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa pegawai lain turut berada di dalam pesawat itu. – Bernama

    Presiden Iran Ebrahim Raisi meninggal dunia di usia 63 tahun selepas kejadian nahas helikopter, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda