Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Prestasi ekonomi China bermula baik

    BEIJING, 2 MEI – Ekonomi China merekodkan permulaan stabil tahun ini, menyaksikan penyusunan semula struktur mencapai kemajuan, kualiti dan keefisienan bertambah baik, kesejahteraan rakyat terjamin serta jangkaan pasaran terus meningkat.

    Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), ekonomi China meneruskan trend pemulihan sejak awal tahun ini dengan kadar pertumbuhan kekal mapan.

    Untuk rekod, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama, sementara nilai tambah industri menokok sebanyak enam peratus, 0.8 mata peratusan lebih tinggi daripada suku sebelumnya.

    Pelaburan dalam aset tetap pula naik sebanyak 4.5 peratus, 1.5 mata peratusan lebih tinggi berbanding keseluruhan tahun lepas.

    Keuntungan diperoleh industri berskala besar menyaksikan peningkatan sebanyak 4.3 peratus tahun ke tahun dan indeks pengurus pembelian (PMI) sektor pembuatan China kekal melebihi paras neutral 50.0 selama dua bulan berturut-turut.

    Pada masa sama, 3.03 juta orang di bandar dan pekan mendapat peluang pekerjaan, bertambah sebanyak 60,000 tahun ke tahun.

    Di samping itu, pendapatan boleh guna per kapita seluruh negara mencatatkan peningkatan sebanyak 6.2 peratus. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...