Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    QAF Auto anjur Majlis Penghargaan Media Edisi Raya

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – QAF Auto, pengedar tunggal BMW, MINI dan Motorrad di Negara Brunei Darussalam petang tadi menganjurkan Majlis Penghargaan Media Edisi Raya dengan Makan Tengah Hari di Pondok Sari Wangi, Jerudong.

    Majlis tersebut menjadi wadah untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media atas sokongan dan perkongsian mereka sepanjang tahun dengan menjemput para media dari pelbagai cawangan yang telah memainkan peranan penting dalam berkongsi maklumat perkembangan dan kejayaan QAF Auto yang mengetengahkan jenama automotif premium.

    Semasa majlis itu, Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo, menyatakan penghargaannya kepada wakil media atas dedikasi dan sumbangan yang telah diberikan.

    “Majlis pada petang ini merupakan peluang untuk kami meluahkan perasaan kami dan mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli media yang telah memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat produk kami.

    “Sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi telah menjadi penggerak di sebalik kejayaan kami dan kami benar-benar berterima kasih atas dedikasi dan perkongsian mereka,” ujarnya.

    “Usaha mereka telah memainkan peranan penting dalam menguatkan naratif jenama BMW, MINI, dan Motorrad, dan kami amat menghargai komitmen mereka terhadap kecemerlangan,” tambahnya.

    Majlis tersebut bukan sahaja dapat meraikan semangat raya tetapi juga mengukuhkan silaturahim antara QAF Auto dan para media.

    Alisa Khoo bergambar kenangan bersama para wakil media pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN QAF AUTO
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...