Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kucing kartun dapat atasi kemarau?

    BANGKOK, 2 MEI – Ketika berjuta-juta penduduk di seluruh Asia Tenggara mengalami gelombang haba terik yang mencairkan landasan kereta api, sebuah perkampungan Thai menggunakan kaedah luar biasa untuk menyeru hujan: mengarak seekor kucing kartun Jepun.

    Thailand mengalami cuaca semakin panas dalam beberapa minggu kebelakangan apabila suhu meningkat di seluruh rantau berkenaan, dengan pakar mengatakan perubahan iklim menjadikan gelombang haba lebih kerap, lebih lama dan lebih teruk.

    Di wilayah Nakhon Sawan yang tidak menerima hujan selama berbulan-bulan, penduduk kampung di Daerah Phayuha Khiri mengarak kucing manga Jepun Doraemon untuk mengatasi kemarau.

    Para perarakan berpakaian gemerlapan membawa sangkar berhiaskan jurai yang mengandungi barang mainan berarak melalui perkampungan manakala orang ramai merenjisnya dengan air.

    Ia merupakan pandangan baharu penduduk kampung terhadap upacara musim kemarau lama yang dikenali sebagai ‘Hae Nang Meaw’, secara harfiah, perarakan seekor kucing betina.

    Gambar serahan State Railway Thailand menunjukkan pekerja menyembur air di landasan kereta api yang melengkung akibat haba di antara daerah Ron Phibun dan Khao Chum di selatan Nakhon Si Thammarat. – AFP

    Kucing yang terkenal tidak menyukai air bermakna ada yang mengaitkan haiwan itu dengan hujan, dengan bunyi mengiau marah kucing yang basah kuyup dipercayai memanggil hujan.

    Kebanyakan penduduk kampung tidak lagi menggunakan kucing sebenar, sebaliknya mengangkat anak patung Doraemon atau Hello Kitty.

    Ketika Doraemon diarak di kawasan tengah Thailand pada Selasa, di selatan, cuaca panas menjadikan landasan kereta api di wilayah Nakhon Si Thammarat yang panas membara melengkung.

    Pekerja kereta api menyiram rel dengan air untuk cuba membengkokkannya semula ke keadaan asal selepas suhu mencecah 41 darjah Celsius.

    The State Railway of Thailand berkata cuaca ‘panas melampau’ adalah penyebab landasan melengkung antara Ron Phibun dan Khao Chum Thong pada 30 April. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...