Thursday, March 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Charles akan berucap November ini

    LONDON, 20 JULAI – Raja Charles III akan membuat Ucapan Raja pertamanya semasa pembukaan persidangan parlimen UK pada 7 November, kata Ketua Dewan Rakyat, Penny Mordaunt kepada ahli-ahli parlimen hari ini.

    Raja tersebut, yang menjadi pemerintah pada September tahun lepas, akan menggariskan keutamaan Perdana Menteri, Rishi Sunak untuk tahun hadapan, yang mungkin akan menyaksikan pilihan raya umum diadakan.

    “Saya boleh mengesahkan bahawa pembukaan persidangan parlimen akan berlangsung pada 7 November 2023,” kata Mordaunt.

    Raja Charles III mewakili mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II semasa pembukaan persidangan parlimen pada 2022, tetapi ini akan menjadi kali pertama beliau menyampaikan ucapan berprestij itu sejak menjadi raja. – AFP

    Raja Charles III melambai semasa lawatan ke Brecon Barracks pada 20 Julai di Brecon, selatan Wales. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda