Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rusia jual senjata di pameran Abu Dhabi

    ABU DHABI, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE), 20 FEB – Rusia menawarkan senjata untuk dijual hari ini semasa pameran senjata dwitahunan di UAE, daripada senapang serangan Kalashnikov hingga sistem peluru berpandu – walaupun berdepan sekatan daripada Barat berhubung perangnya terhadap Ukraine.

    Acara itu, yang dikenali sebagai Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa dan diadakan di ibu negara UAE, Abu Dhabi, menekankan bagaimana persekutuan Teluk Arab berusaha untuk menerima Moscow di samping mengimbangi hubungannya dengan Barat.

    Ketika perang Rusia ke atas Ukraine menghampiri ulang tahun pertamanya pada Jumaat, wang Rusia terus membanjiri pasaran hartanah Dubai.

    Penerbangan harian antara Emiriah dan Moscow diteruskan ketika perang semakin panas, menyediakan talian hayat kepada elit Rusia dan mereka yang melarikan diri daripada pengerahan wajib tentera.

    Untuk tiba ke khemah pameran Rusia, mereka yang menghadiri pameran itu terpaksa meninggalkan Pusat Pameran Kebangsaan yang luas di Abu Dhabi dan menyeberang di sepanjang jambatan ke kawasan luar.

    Jurujual berdiri dekat helikopter buatan Rusia semasa Persidangan dan Pameran Pertahanan Antarabangsa di Abu Dhabi, UAE, pada 20 Februari. – AP

    Pada awalnya, pegawai Rusia menghentikan wartawan Associated Press daripada memasuki khemah mereka ketika acara sedang berlangsung, tanpa sebarang penjelasan.

    Kira-kira satu jam kemudian, wartawan AP melihat Denis Manturov, Menteri Perdagangan dan Industri Rusia, keluar dari khemah tersebut.

    Manturov disekat oleh kedua-duanya, AS dan United Kingdom, dengan London menyifatkan dirinya sebagai ‘bertanggungjawab kerana menyelia industri senjata Rusia dan melengkapkan tentera yang dikerahkan’ dalam perang di Ukraine.

    Di dalam, skrin video mengisytiharkan kuasa sistem peluru berpandu darat hingga ke udara Rusia, seperti yang kini digunakan untuk menyerang bandar-bandar di Ukraine.

    Jurujual menunjukkan senapang serangan Kalashnikov kepada tentera Emiriah.
    Peluru berpandu model lain turut dipamerkan.

    Di luar khemah, Helikopter Rusia mempamerkan beberapa pesawat awamnya, yang diapit oleh wanita muda yang menarik dengan topi penerbangan berwarna perak. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda