Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya belum layak jadi Biduanita Negara – Ziana Zain

    Penyanyi terkenal, Ziana Zain menganggap dirinya belum layak untuk mendapat gelaran Biduanita Negara yang juga pengiktirafan tertinggi kepada golongan anak seni itu.

    Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, 56, berkata, gelaran Biduanita Negara itu sangat besar maknanya dan wajar diberikan kepada artis senior yang serba boleh serta lebih layak daripadanya.

    “Saya belum layak untuk dapat gelaran itu kerana baru 33 tahun berkecimpung dalam bidang seni dan perjuangan seni pun belum sampai setengah abad lagi.

    “Ramai lagi artis senior yang lebih layak dan sudah bekerja keras di layar perak untuk mendapat gelaran itu cuma orang tidak nampak sebab mereka tidak ada pendedahan seperti zaman sekarang,” katanya memetik laporan Harian Metro.

    Ziana berkata, dia berharap gelaran itu wajar diberikan kepada artis senior yang sudah sekian lama bekerja keras di layar perak.

    Ziana berharap gelaran itu wajar diberikan kepada artis senior yang sudah sekian lama bekerja keras di layar perak.
    – Utusan.com

    “Kenapa kita tidak beri gelaran itu kepada artis senior yang sudah lama berjuang dalam industri seni? Saya juga takut nanti kita tidak berlaku adil kepada mereka.

    “Contohnya, artis Hollywood, Madonna, dia pulangkan semula anugerah yang dia dapat sebelum ini kerana anggap belum layak sedangkan kita nampak dia sudah layak untuk dapat anugerah berkenaan,” katanya.

    Pada masa sama, kata Ziana lagi, ramai orang yang tidak nampak jika tiada artis lama, tiadalah artis yang baharu.

    “Artis lama juga menjadi rujukan kepada artis baharu untuk beri semangat dan inspirasi serta menjadi artis yang lebih baik.

    “Contohnya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang mendapat gelaran Biduanita Negara kerana pembabitannya yang sudah berpuluh tahun sejak era 70an,” katanya.

    Kata Ziana, dia berharap pihak yang betul-betul arif membuat penilaian untuk beri gelaran Biduanita Negara kepada artis yang benar-benar layak. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda