Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selamatkan negara, lindungi hak rakyat lebih penting

    KUCHING, 27 MEI – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa langkah menyelamatkan negara dan melindungi hak rakyat adalah lebih penting berbanding memperoleh markah yang tinggi untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

    Susulan itu, Anwar berkata beliau tidak kisah kedudukan Malaysia jatuh dalam laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) baru-baru ini kerana negara mengambil tindakan keras terhadap ketaksuban dalam isu perkauman dan agama.

    “Jika awda membiarkan ketaksuban dalam isu perkauman atau fasisme atau agama membiak maka awda perlu menjangkakan kemungkinan wujudnya ketidakharmonian agama,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 hari ini.

    Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga kepada tempat ke-107 berbanding ke-73 tahun lepas dengan markah 52.07 mata. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan perasmian kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda