Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seminggu Anuar Zain hilang suara

    Hampir sedekad tidak mengadakan persembahan berskala besar, penyanyi Malaysia, Anuar Zain membuktikan dia masih berbisa apabila Stadium Malawati Shah Alam dipenuhi 8,000 peminat yang hadir Konsert Anuar Zain 40 Tahun (AZ40) pada malam kelmarin.

    Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 53, berjaya memberikan persembahan bertenaga dan penuh emosi meskipun kesihatannya terganggu akibat mengalami batuk dan demam sejak seminggu lalu.

    Tidak hanya itu, Anuar memberitahu dia turut kehilangan suara menjelang empat hari konsert berlangsung selain tidak dapat menjalani raptai disebabkan masalah itu.

    “Walaupun saya hampir tiada suara tapi semangat saya kuat malam ini. Walau apa pun yang terjadi persembahan tetap perlu diteruskan.

    “Jujurnya ada rasa kecewa tidak dapat mencapai standard yang saya tetapkan tetapi perkara yang berlaku ada sebabnya dan saya tetap bersyukur selain sudah memberikan yang terbaik buat peminat.

    Anuar Zain terpaksa menggunakan bantuan nebulizer. – thestar.com

    “Kesihatan saya mungkin terganggu tetapi kita tidak ubah sebarang susunan muzik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas konsert selesai.

    Bagi tidak menghampakan peminat, Anuar tampil bersama alat penyedut udara atau nebulizer sepanjang persembahan bagi memastikan nyanyiannya tidak terganggu akibat masalah kesihatan.

    Menurut mStar, Anuar membuka tirai konsert dengan dua lagu popularnya iaitu Kaulah Satunya diikuti Sesucinya Cintamu yang cukup membuatkan satu stadium gamat dengan jeritan peminat.

    Emosi penonton bagaimanapun berubah menjadi sayu apabila Anuar menyajikan mereka dengan montaj selang masa yang menunjukkan jatuh ba-ngunnya dalam industri hiburan sepanjang 40 tahun bergelar penyanyi.

    Montaj dipaparkan turut membuatkan menggamit memori peminat setia dalam me-ngenang kembali kehebatan seorang Anuar Zain. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda