Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seoul akan buka hotel atas jambatan, pertama di dunia

    SEOUL, 30 MEI – Seoul akan membuka hotel pertama yang dibina di atas jambatan, menghubungkan bahagian utara dan selatan bandar itu, kerajaan bandar mengumumkan baru-baru ini.

    Dinamakan Sky Suite, hotel itu terletak di hujung utara Jambatan Hangang, di mana pemandangan indah Sungai Han boleh dinikmati sepanjang hari. Hotel tersebut akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Julai.

    “Dengan pembukaan Sky Suite Hangang Bridge, bandar ini tidak sabar-sabar untuk berkongsi pesona Sungai Han dan Seoul dengan dunia,” kata Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon.

    Sky Suite Hangang Bridge, dahulunya digunakan sebagai Kafe Nodeul Jiknyeo, tetapi operasinya digantung kerana pandemik COVID.

    Ia telah diubah suai sejak Disember lalu dan telah diubah menjadi suite serba lengkap seluas 144 meter persegi. Kemudahan itu menandakan hotel pertama di dunia di atas jambatan, kata kerajaan bandar.

    Penginapan itu mempunyai ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi untuk memuatkan sehingga empat orang tetamu. Airbnb membuat reka bentuk dalaman. Bandar tersebut menekankan bahawa lima tingkap kaca akan menyediakan tetamu dengan pemandangan Sungai Han dari setiap kawasan suite.

    Hotel baru berasalkan kedai kafe di Jambatan Hangang itu akan menerima tetamu secara rasmi pada 16 Julai. Penginapan semalam akan menelan kos sekitar 345,000 won (AS$253) hingga 500,000 won.

    Penginapan baharu di jambatan itu adalah sebahagian daripada projek bandar sungai Oh yang diumumkan bulan lepas. Oh melancarkan beberapa siri rancangan untuk menghidupkan semula kawasan Sungai Han, yang bertujuan untuk menarik 10 juta pengunjung setiap tahun ke Sungai Han menjelang 2030, peningkatan yang ketara daripada penggunaan tahunan semasa sekitar 900,000 orang. – ANN/The Korea Herald

    Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon semasa melawat Sky Suite Hangang Bridge, baru-baru ini. – ANN/The Korea Herald
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda