Friday, November 15, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesies ular baharu ditemui di barat Myanmar

    YANGON, 7 MEI – Spesies ular baharu telah ditemui di negeri Rakhine di barat Myanmar, menurut European Journal of Taxonomy.

    Penemuan penyelidikan itu, yang diterbitkan dalam jurnal tersebut pada 3 Mei, dibuat oleh pasukan pakar herpetologi dari Universiti Mizoram di India, kata laporan itu.

    Ular tersebut itu dinamakan Herpetoreas davidi, sempena ahli taksonomi Perancis terkenal Patrick David, kata laporan itu.

    Spesies yang baru ditemui itu kini hanya diketahui dari Rakhine Yoma Elephant Sanctuary, Perbandaran Gwa di negeri Rakhine, kawasan perlindungan, menurut laporan itu lagi.

    Dengan ketiadaan data biologi lain untuk mengakses status populasi dan potensi ancaman, para penyelidik mencadangkan bahawa spesies itu harus dianggap sebagai spesies Kekurangan Data (DD), mengikut kategori Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. – Xinhua

    Gambar ANN/THE STAR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda