Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Sukar percaya saya juara Wimbledon’

    NICE, PERANCIS, 21 JULAI – Carlos Alcaraz berkata hari ini dia berasa ‘sukar untuk mempercayai’ dia adalah juara Wimbledon ketika pemain Sepanyol itu bersiap sedia untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan campuran Piala Hopman di Perancis beberapa hari selepas kejayaannya di London.

    “Memikirkan saya memenangi Wimbledon memang sukar untuk dipercayai.

    “Saya tidak percaya bahawa saya menang dan menewaskan Novak Djokovic, mungkin ia akan mengambil masa beberapa hari untuk mempercayainya,” beritahu Alcaraz kepada wartawan.

    Pada Ahad, Alcaraz menewaskan Djokovic dalam lima set untuk memenangi gelaran Grand Slam kedua dalam kariernya.

    “Sejak Wimbledon, saya tidak menyentuh raket, hari ini adalah kali pertama,” kata Alcaraz, yang menentang pemain Belgium yang berada di ranking ke-111, David Goffin hari ini.

    “Saya berasa agak letih, saya tidak berbohong,” katanya.

    Gambar fail menunjukkan Carlos Alcaraz meraikan bersama trofi selepas menewaskan Novak Djokovic dalam kejohanan Wimbledon di London pada 16 Julai. – AP

    Di Nice, Alcaraz akan bergandingan dengan pemain ranking ke-72, Rebeka Masarova, melawan gandingan Belgium Goffin dan Elise Mertens.

    “Kami tidak biasa bermain dengan wanita, beregu campuran. Saya mahu merasai pengalaman ini,” tambahnya.

    “Rasanya hebat. Saya sangat gembira dan teruja berada di sini.”

    Selepas Piala Hopman, Alcaraz akan bersaing dalam Masters 1000 di Toronto mulai 7 Ogos dan Cincinnati pada 13 Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda