Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat gergasi teknologi janji dedah watermark ciptaan AI

    WASHINGTON, 21 JULAI – Rumah Putih mengumumkan hari ini bahawa OpenAI dan perusahaan lain dalam saingan kecerdasan buatan telah komited untuk menjadikan teknologi mereka lebih selamat dengan ciri seperti watermark pada imej rekaan yang dibuat secara palsu.

    “Komitmen itu, yang telah dipilih oleh syarikat untuk dilaksanakan serta-merta, menekankan tiga prinsip yang mesti menjadi asas kepada masa depan AI, keselamatan, keamanan, kepercayaan dan merupakan langkah kritikal menuju pengembangan AI yang bertanggungjawab,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

    Wakil dari Amazon, Anthropic, Google, Inflection, Meta, Microsoft dan OpenAI akan menyertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, hari ini untuk mengumumkan komitmen-komitmen tersebut, termasuk pengembangan mekanisme teknikal yang mantap seperti sistem watermark bagi memastikan pengguna mengetahui bila kandungan tersebut dihasilkan oleh AI, menurut seorang pegawai Rumah Putih.

    Kebimbangan bahawa gambar atau audio yang dibuat oleh kecerdasan buatan akan digunakan untuk penipuan dan maklumat salah telah meningkat seiring dengan kemajuan teknologi dan ketika pilihan raya presiden AS 2024 semakin hampir.

    Cara untuk mengetahui apabila audio atau gambar telah dihasilkan secara buatan sedang diusahakan bagi mengelakkan orang ramai daripada ditipu oleh pemalsuan yang kelihatan atau terdengar nyata.

    “Mereka komited untuk mencipta rejim yang lebih luas bagi memudahkan pengguna mengetahui sama ada kandungan tersebut dihasilkan AI atau tidak,” kata pegawai Rumah Putih itu.

    “Ia menyatakan, sejarah akan menunjukkan bahawa banyak syarikat teknologi tidak memenuhi komitmen secara sukarela untuk bertindak secara bertanggungjawab dan menyokong peraturan yang kukuh,” tambahnya. – AFP

    Rumah Putih berkata ia sedang menjalankan perintah eksekutif yang bertujuan memastikan kecerdasan buatan selamat dan boleh dipercayai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda