Sunday, September 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sylvinho perbaharui kontrak dengan Albania

    TIRANA, 25 JULAI – Persekutuan bola sepak Albania (FSHF) kelmarin mengumumkan pembaharuan kontrak jurulatih Sylvinho selepas pengurus Brazil itu menyelia prestasi memberangsangkan oleh negara Balkan itu pada Euro 2024.

    Pengendali berusia 50 tahun itu akan kekal dalam jawatan sehingga sekurang-kurangnya Disember 2025, begitu juga dengan pembantunya dalam pasukan Doriva dan bekas pemain pertahanan Argentina, Pablo Zabaleta.

    Pasukan Albania kendalian Sylvinho itu berakhir hanya dengan satu mata dalam kumpulan Euro 2024 tetapi bersaing dalam setiap perlawanan dalam kumpulan sukar yang termasuk pemenang kejohanan akhir Sepanyol, Itali dan Croatia.

    “Selepas kejayaan yang diperoleh dalam kelayakan ke Kejohanan Eropah, objektif utama kini adalah kelayakan bersejarah untuk Piala Dunia,” kata FSHF dalam satu kenyataan.

    Bekas pertahanan Arsenal dan Barcelona, Sylvinho, mengambil alih pasukan kebangsaan Albania pada Januari 2023 dan sebelum ini pernah melatih pasukan Brazil Corinthians dan kelab Ligue 1 Perancis, Lyon. – AFP

    Albania kendalian Sylvinho tersingkir daripada Euro 2024 pada 24 Jun. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda