Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Tanah runtuh, banjir ragut 19 nyawa

    BRASILIA, BRAZIL, 31 JAN – Tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang di negeri paling ramai penduduk Brazil kelmarin manakala air tinggi memaksa kira-kira 500,000 keluarga meninggalkan rumah mereka pada hujung minggu, kata pihak berkuasa.

    Tiga orang daripada keluarga yang sama maut apabila tanah runtuh memusnahkan rumah mereka di bandar Embu das Artes, menurut kerajaan perbandaran, manakala empat orang lagi diselamatkan oleh anggota bomba.

    Empat kanak-kanak meninggal dunia di Francisco Morato, kata Gabenor negeri Sao Paulo, João Doria dan kerajaan negeri berkata empat orang lagi mati di Franco da Rocha. Kematian juga dilaporkan di Ribeirão Preto dan Jaú.

    Tiga daripada kematian membabitkan orang yang dihanyutkan banjir, kata jabatan bomba negeri.

    Doria menggunakan helikopter untuk meninjau kawasan yang terjejas kelmarin dan mengumumkan bantuan kewangan yang setara dengan AS$2.8 juta kepada bandar yang terjejas.

    Sungai yang melimpah memaksa 500,000 keluarga meninggalkan rumah mereka, kata kerajaan negeri. Beberapa jalan dan lebuh raya telah disekat.

    Kerana gangguan yang disebabkan oleh hujan, bandar Sao Paulo membatalkan vaksinasi berjadual terhadap COVID-19.

    Tenggara Brazil telah dibadai hujan lebat sejak awal tahun, dengan 19 kematian direkodkan di negeri Minas Gerais awal bulan ini. – AP

    Tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang di
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...