Wednesday, May 15, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Tanzania umum bebas wabak Marburg

    DAR ES SALAAM, 2 JUN – Tanzania hari ini mengisytiharkan penamatan wabak mematikan, virus Marburg, lebih dari dua bulan selepas ia disahkan pertama kali, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Sebanyak sembilan kes, lapan disahkan dan satu kes kemungkinan, dan enam kematian direkodkan dalam wabak demam berdarah itu di wilayah barat laut Kagera, kata WHO dalam satu kenyataan.

    Agensi kesihatan PBB itu berkata, wabak jenis itu adalah yang pertama di Tanzania, sebuah negara Afrika Timur dengan populasi hampir 62 juta.

    Kes terakhir yang disahkan diuji negatif pada 19 April, memulakan tempoh 42 hari hitungan mandatori untuk mengisytiharkan pengakhiran wabak itu, tambahnya.

    Uganda yang bersempadan dengan Tanzania dan menghadapi wabak Marburg yang terakhir pada tahun 2017, telah mengambil langkah berjaga-jaga setelah Marburg disahkan oleh kementerian kesihatan Tanzania pada 21 Mac.

    Uganda baru sahaja bebas wabak Ebola pada Januari yang berlarutan hampir empat bulan dan mengorbankan 55 nyawa.

    WHO berkata, pihak berkuasa kesihatan Tanzania, dengan bantuan daripada agensi PBB dan rakan kongsi lain, telah segera melancarkan tindak balas wabak untuk menghentikan penyebaran virus dan menyelamatkan nyawa.

    Virus Marburg adalah mikrob dahsyat yang menyebabkan demam teruk, selalunya disertai dengan pendarahan dan kegagalan organ. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    40,000 kanak-kanak Afghanistan hilang tempat tinggal

    KABUL, 14 MEI - Kira-kira 40,000 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal di wilayah Baghlan di utara Afghanistan ketika hujan lebat dan banjir melanda wilayah itu...