Wednesday, May 29, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung

    KUCHING, 14 MEI – Rundingan antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengeluarkan terma ‘pelancongan’ daripada Senarai Persekutuan ke Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan, masih berlangsung.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memasukkan perkara pelancongan.

    “Kementerian saya akan giat meneruskan cadangan bagi meminda Perkara 25A Perlembagaan Persekutuan itu.

    “Kami akan bekerjasama dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Jabatan Peguam Besar Sarawak bagi memastikan Sarawak mendapat hak dan kedudukan istimewa berkaitan urusan pelancongan seperti yang dipersetujui di bawah MA63,” katanya.

    Abdul Karim berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementerian beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

    Pada 9 Mei lepas, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Sebastian Ting Chiew Yew berkata kerajaan negeri giat mengusulkan hal berkenaan kepada kerajaan pusat bagi mengeluarkan ‘pelancongan’ daripada Perkara 25A (Pelancongan) dalam Senarai I (Senarai Persekutuan) kepada Senarai III (Senarai Bersama) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

    Ting berkata pada asalnya, terma ‘pelancongan’ tiada dalam mana-mana senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun pada 1994, perkataan itu dimasukkan ke Senarai Persekutuan jadual berkenaan oleh Akta A885 dan mula berkuat kuasa pada 26 Jun 1994. – Bernama

    Abdul Karim berkata rundingan autonomi pelancongan antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan masih berlangsung. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penduduk Korea S dijangka merosot menjelang 2052

    SEOUL, 28 MEI - Penduduk Korea Selatan dijangka merosot di hampir semua wilayah menjelang 2052 akibat kadar kelahiran yang rendah secara berterusan, menurut anggaran...