Friday, January 10, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tayar pesawat JAL pancit ketika mendarat

    TOKYO, 9 JAN – Sebuah tayar pesawat pe-numpang milik Japan Airlines (JAL) mengalami kerosakan ketika mendarat di Lapangan Terbang Haneda Tokyo hari ini, menyebabkan salah satu landasan lapangan terbang itu ditutup sementara, lapor media tempatan.

    Tayar pada gear pendaratan utama sebelah kiri pesawat, JAL Penerbangan 182 dari Lapangan Terbang Komatsu, Wilayah Ishikawa, pancit semasa pesawat itu mendarat di Landasan B di Lapangan Terbang Haneda.

    Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan 65 penumpang dan kru, menurut penyiar awam NHK.

    Pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat sekitar jam 9:25 pagi meskipun mengalami masalah tersebut, kata laporan itu. Landasan berkenaan ditutup selama kira-kira 25 minit, menjejaskan sekurang-kurangnya 15 penerbangan, menurut pejabat kementerian pengangkutan di lapangan terbang Tokyo. – AFP

    Pesawat penumpang JAL berada di landasan Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada 26 Disember lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda