Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera laut Senegal pintas bot bawa 3 tan kokain

    MOSCOW, 29 NOV – Tentera laut Senegal merampas tiga tan kokain di luar pantai ibu negara Dakar kelmarin, lapor Sputnik.

    Pasukan itu dalam satu kenyataan media di X berkata, rampasan itu antara yang terbesar dalam sejarah Senegal.

    “Pada malam 26 dan 27 November, sebuah bot peronda tentera laut Senegal memintas sebuah bot yang membawa tiga tan kokain 150 kilometer di selatan Dakar.

    “Pagi kelmarin, bot itu tiba di Dakar dengan dikawal ketat,” katanya

    Bagaimanapun, tentera Senegal tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kru bot dan pemiliknya. – Bernama

    Gambar – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda