Friday, May 17, 2024
28.7 C
Brunei

    -

    Tesla bubar jabatan pengecasan EV cetus kebimbangan ahli rangkaian

    DETROIT, 2 MEI – Tindakan Elon Musk untuk membubarkan jabatan yang bertanggungjawab ke atas pengecas kenderaan elektrik (EV) Tesla telah menimbulkan kebimbangan dalam industri auto bahawa EV daripada pembuat kereta lain akan menghadapi masalah dalam rangkaian Tesla.

    Beberapa pemimpin dalam rangkaian Supercharger Tesla menyiarkan mesej di media sosial mengatakan mereka diberitahu pada malam Isnin bahawa kira-kira 500 pekerja terlibat telah diberhentikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Musk, yang seolah-olah mengesahkan tindakan itu dalam siarannya di laman media sosial X pada Selasa.

    Laman berita teknologi The Information, The New York Times dan lain-lain melaporkan bahawa Musk memberitahu pengurus tentang pemberhentian dalam e-mel.

    Langkah pemberhentian ini menimbulkan persoalan sama ada penambahan EV daripada pembuat kereta lain akan berfungsi tanpa kakitangan. Tetapi Ford, yang pertama dalam industri untuk mendaftar dengan Tesla, berkata rancangannya untuk menyertai Tesla tidak berubah.

    General Motors pula lebih berhati-hati. “Kami terus memantau perubahan dalam rangkaian Supercharger dan kemungkinan kesannya,” katanya dalam satu kenyataan.

    Hampir semua pembuat kereta lain yang menjual EV di Amerika Syarikat(AS) telah mendaftar untuk menyertai rangkaian Supercharger Tesla, yang mempunyai palam paling banyak daripada mana-mana rangkaian di AS. – AP

    Sebuah kenderaan menggunakan caj di stesen Tesla Supercharger di Detroit, AS pada November 2022. Tindakan Elon Musk untuk memberhentikan jabatan berkaitan pengecasan EV membimbangkan ahli-ahli dalam rangkaian Supercharger Tesla. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...