Thursday, May 2, 2024
26.9 C
Brunei

    -

    Thailand batalkan ujian COVID sebelum ketibaan

    BANGKOK, 18 MAC – Pengembara ke Thailand tidak lagi perlu mengambil ujian COVID sebelum menaiki pesawat, menurut rancangan yang diumumkan hari ini sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menggiatkan lagi sektor pelancongan yang terjejas teruk oleh COVID.

    Bermula 1 April, keperluan untuk ujian negatif dalam masa 72 jam sebelum perjalanan akan dibatalkan, sebaliknya pengunjung hanya akan diuji sebaik sahaja ketibaan di Thailand, menurut jurucakap jawatankuasa khas COVID-19 negara itu, Taweesin Visanuyothin.

    Sekatan perjalanan drakonian membantu Thailand mengehadkan kes COVID dan kematian pada peringkat awal pandemik, namun menjejaskan industri pelancongan yang merangkumi satu perlima daripada ekonomi negara itu.

    Thailand pada masa ini merekodkan kira-kira 25,000 kes baharu COVID sehari ketika varian Omicron merebak ke seluruh negara, namun pegawai berharap ia akan reda menjelang masa mereka beralih ke fasa ‘pasca pandemik’ bermula Julai kelak.

    Berusaha untuk bangkit daripada prestasi ekonomi terburuknya sejak krisis kewangan Asia pada 1997, Thailand secara beransur-ansur melonggarkan sekatan perjalanan dalam masa sembilan bulan kebelakangan ini.

    Namun hotel, restoran dan perniagaan lain bergantung dengan pelancongan sudah menggesa kerajaan untuk melonggarkan lagi sekatan dan segera menarik pelancong ke pantai-pantai dan kawasan peranginan di negara beraja itu. – AFP

    Gambar fail pada 1 November 2021 menunjukkan pembantu perubatan menunggu untuk menguji pelancong bagi COVID di Lapangan Terbang Antarabangsa di Phuket. Pengembara ke Thailand kini tidak lagi perlu mengambil ujian COVID sebelum menaiki pesawat, menurut jurucakap jawatankuasa khas COVID-19 negara itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...