Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    The Reds tamatkan kemarau kemenangan

    LIVERPOOL, 14 FEB – Cody Gakpo mencetak gol pertamanya bagi Liverpool ketika pasukan itu menamatkan rentetan tanpa kemenangan di Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Everton 2-0, kelmarin.

    Everton masih gagal mencatat kemenangan di Anfield sejak 1999 dan gawang pasukan Toffees dibolosi oleh Mohamed Salah sembilan minit sebelum separuh masa.

    Gakpo gagal memenuhi jangkaan sejak berpindah daripada PSV Eindhoven pada Januari lalu.

    Namun, pemain antarabangsa Belanda itu berharap gol pada perlawanan ini menjadi titik perubahan apabila dia menjaringkan gol melalui hantaran daripada Trent Alexander-Arnold pada babak empat minit selepas separuh masa.

    Liverpool masih tercicir daripada empat teratas sembilan mata pada kedudukan kesembilan, tetapi boleh merapatkan jurang itu kepada enam mata dengan Newcastle dan mempunyai kelebihan satu perlawanan apabila mereka berkunjung ke St James’ Park minggu depan.

    Perlawanan itu diadakan beberapa hari sebelum kunjungan Real Madrid ke Anfield untuk Liga Juara-Juara akhir 16 dan Jurgen Klopp berharap dia akhirnya menemui jalan penyelesaian untuk beberapa masalah yang dihadapi pasukannya pada masa yang tepat untuk mengharungi Liga Juara-Juara.

    Fabinho dan Jordan Henderson kembali beraksi bersama-sama pemain muda berusia 18 tahun, Stefan Bajcetic.

    Kepantasan larian Darwin Nunez menjadi ancaman yang berterusan pada barisan pertahanan Toffees, dan turut Andy Robertson dan Trent Alexander-Arnold memberikan ancaman semasa menyerang.

    Everton hanya menang sekali daripada 12 perlawanan terakhir pada hujung minggu lalu dalam perlawanan pertama di bawah pimpinan Sean Dyche apabila pendahulu liga, Arsenal terkejut dengan kekalahan mereka 1-0 di Goodison Park. – AFP

    Aksi Darwin Nunez semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di stadium Anfield di Liverpool, England. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda