Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiket konsert FT Island licin dalam masa dua hari

    Selepas enam tahun tidak berkunjung ke Malaysia, nyata kumpulan legenda K-Pop, FT Island masih berbisa apabila tiket konsert licin disapu bersih dalam masa dua hari.

    Konsert 2024 FTISLAND Live Hey Day In Kuala Lumpur bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Februari depan.

    Dianggotai Lee Hong Gi, Choi Min Hwan dan Lee Jai Jin, trio berkenaan dan tidak sabar menghiburkan peminat di Malaysia termasuk kelab peminat, Primadonnas.

    “Kami tidak menyangka selepas sekian lama tidak berkunjung ke Malaysia tetapi masih mampu memikat hati peminat FT Island di Malaysia.

    “Kami gembira atas sokongan ditunjukkan dan sangat menghargainya.

    “Ini adalah satu peluang yang jarang berlaku apabila dapat menemui peminat selepas enam tahun. Perasaan ini cukup istimewa buat kami,” kata kumpulan itu pada sesi sidang media secara virtual, baru-baru ini.

    Pada sesi sidang media itu, FT Island turut memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkunjung ke Malaysia dengan lebih kerap.

    Malah, FT Island berjanji lebih banyak berinteraksi dengan peminat sebagai membalas kesabaran menantikan kehadiran FT Island.

    “Kami sering memikirkan mengenai peminat di Malaysia.

    “Selain ingin peminat menikmati muzik, FT Island juga akan cuba meluangkan lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan peminat,” kata Min Hwan.

    Tambahnya lagi, mereka juga akan membawakan segmen dram solo yang akan dipersembahkan secara eksklusif khas untuk peminat.

    Sementara itu, vokalisnya, Hong Gi secara berseloroh meminta agar Primadonnas menghafal lagu sebelum datang ke konsert terutama album mini kesembilan, Sage.

    Ini kerana, katanya, FT Island mahu konsert berkenaan menjadi satu malam yang sarat dengan kegembiraan dan meninggalkan kenangan manis buat peminat. – Agensi

    Konsert 2024 FTISLAND Live Hey Day In Kuala Lumpur bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Februari depan. – Mstar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda