Monday, January 13, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tingkat kesedaran mengenai 3R

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan pelajar mengenai 3R iaitu reduce, reuse, repurpose atau recycle, seramai 66 orang pelajar Tahun 1 hingga 6, Sekolah Chung Hwa Kiudang mengambil bahagian dalam Program Aktiviti 3R, kelmarin.

    Program yang berlangsung di Dewan Serba guna, Sekolah Chung Hwa Kiudang itu dikendalikan oleh Pusat Kerjasama Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP).

    Ia merupakan program pendidikan yang merangkumi aktiviti-aktiviti menarik bagi penyertaan para pelajar termasuk aktiviti permainan dan kuiz mengenai pengurusan
    sisa.

    Aktiviti-aktiviti berkenaan bermatlamat untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran para pelajar mengenai dengan 3R di mana ia mendidik mereka untuk memikirkan mengenai sisa atau sampah yang dijana di rumah dan di sekolah serta bagaimana mereka boleh mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula bahan-bahan buangan berkenaan.

    Aktiviti itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan pemenang oleh pegawai dari Pusat STEP serta penyampaian cenderahati penghargaan oleh Guru
    Besar Sekolah Chung Hwa Kiudang, Loo Shee Yun kepada Pusat STEP.

    Pasukan pemenang menerima hadiah. – Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang
    Para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan semasa Program Aktiviti 3R.
    Para pelajar bergambar-ramai bersama para pegawai Pusat STEP dan guru mereka di Sekolah Chung Hwa Kiudang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda