Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    TNB kembang perniagaan selenggara loji jana kuasa ke Kuwait

    KUALA LUMPUR, 23 JAN – Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikatnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco) mengembangkan perniagaan penyelenggaraan loji jana kuasa di Kuwait dengan perjanjian program penyelenggaraan berbilang tahun untuk Loji Jana kuasa dan Penyulingan Air Shuaiba Utara di Al Ahmadi, Kuwait.

    Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata TNB Remaco telah membentuk satu usaha sama (JV) dengan Al Dhow Engineering yang berpangkalan di Kuwait dan turut menjalin kerjasama strategik dengan General Electric Global Services (GE Vernova).

    Syarikat utiliti itu berkata syarikat JV TNB Remaco-Al Dhow itu telah menganugerahkan kontrak perjanjian perkhidmatan jangka panjang kepada GE Vernova untuk menyediakan kerja-kerja penyelenggaraan turbin gas di loji itu, yang dimiliki Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Baharu (MEWRE) Kuwait.

    TNB berkata perjanjian itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas kementerian itu untuk memodenkan infrastruktur penjanaan tenaga di Kuwait, menyumbang kepada usaha global bagi peralihan tenaga mampan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda