Friday, May 17, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Tommy Hilfiger, Mercedes-AMG, Awake NY lancar kerjasama

    AMSTERDAM, 5 MEI – Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp, mengumumkan dengan Pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS bahawa jenama pakaian jalanan New York Awake NY telah mencipta bersama koleksi dan kempen Tommy x F1 Mercedes-AMG x Awake NY yang baharu.

    Pelancaran yang diadakan kelmarin menjelang Grand Prix Miami ini menampilkan koleksi gabungan kepekaan gaya jalanan pengasas Awake NY, Angelo Baque dengan estetika persediaan terkemuka Tommy Hilfiger untuk mencipta rangkaian ikon gaya hidup berinspirasikan sukan permotoran yang berani menjadi unik.

    “Saya telah menjadi peminat F1 sejak saya kecil dan kami sentiasa melakukan cara berbeza dalam kerjasama kami dengan sukan ini sejak dari tahun 1990an,” kata Tommy Hilfiger. “Dengan kerjasama ini, kami mahu terus berinovasi dengan reka bentuk dan semangat terangkum untuk mencipta perspektif baharu yang berani bagi generasi akan datang peminat perlumbaan F1 ini.”

    Angelo Baque, individu yang amat mengagumi Lewis Hamilton dan peminat Formula 1, dapat memberikan nilai reka bentuk dan etosnya kepada komuniti, budaya dan bandar Miami dalam acara sambutan hujung minggu Grand Prix di sana.

    “Kunjungan saya ke arkib Tommy mencetuskan nostalgia zaman remaja saya dan memberikan inspirasi kepada banyak pendekatan saya terhadap koleksi ini,” kata Angelo Baque. “Keinginan saya ialah untuk mentafsirkan pakaian jalanan dan Americana secara autentik. Tidak pernah dalam sejuta tahun saya terfikir yang kanak-kanak Ecuador dari Queens, NY ini akan mereka bentuk pakaian yang dipakai dengan bangga oleh Lewis Hamilton, George Russell dan F1 Mercedes-AMG. Melihat Tommy, Lewis dan diri saya sendiri bekerja bersama-sama menjayakan projek ini merupakan perkara penting bagi versi diri kita yang lebih muda untuk memahami bahawa perwakilan merupakan perkara mesti dititikberatkan.”

    Kempen ini mengikuti kisah ketabahan, keazaman dan semangat yang memberikan inspirasi kepada juara tujuh kali dan legenda F1 Lewis Hamilton, pemenang Grand-Prix George Russell dan Angelo Baque dari Awake NY, serta Encik Tommy Hilfiger, dalam perjalanan masing-masing dan menampilkan Pemandu Simpanan F1 Mercedes-AMG Petronas, Mick Schumacher. – Bernama

    Lewis (kanan), dilihat memperagakan koleksi baju dalam kempen Tommy x F1 Mercedes-AMG x Awake NY baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...