Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tony Bennet meninggal dunia

    Penyanyi legenda Tony Bennet meninggal dunia pada Jumaat pada usia 96 tahun.

    Menurut mStar yang memetik laporan BBC, kematian penyanyi berkenaan disahkan oleh wakil syarikat pengurusannya iaitu Sylvia Weiner dalam satu kenyataan kepada The Associated Press.

    Penyanyi berkenaan meninggal dunia di New York namun punca kematian tidak didedahkan kepada umum.

    Bagaimanapun, sejak 2016 Bennet menderita penyakit Alzheimer.

    Bennet atau Anthony Dominick Benedetto dilahirkan dalam keluarga yang berasal dari Itali.

    Bennet merupakan penyanyi legenda era 50an. – mStar

    Pada usianya 10 tahun, bapa penyanyi itu meninggal dunia dan menyebabkan keluarganya jatuh miskin.

    Sewaktu zaman remaja, Bennet menjadi pelayan dan penyanyi sebelum mendaftar untuk belajar muzik serta lukisan di New York’s School of Industrial Art.

    Legenda pop jazz itu bagaimanapun menjadi tentera Amerika Syarikat (AS) pada 1944 dan menyertai peperangan antara Perancis dan Jerman menjelang akhir Perang Dunia Kedua.

    Selepas pulang ke AS, kerjaya nyanyiannya diteruskan dan muncul menerusi lagu Because Of You yang menjadi hit pada tahun 1951.

    Bennet kemudiannya menjadi ikon remaja dan melancarkan album pertama pada 1952.

    Mendiang meneruskan pencapaian terbaik dalam carta di AS pada setiap dekad berikutnya menerusi lagu-lagu hit termasuk Blue Velvet dan Rags to Riches.

    Untuk rekod, Bennet pernah memenangi sebanyak 20 anugerah di Grammy Awards selain pernah menerima Grammy Lifetime Achievement Awards dan dua anugerah Primetime Emmy Awards. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda